Kumpulan ini dibentuk oleh Gerrard Way & Matt Pelissier lebih kurang seminggu selepas serangan 11 september 2001. Way telah menyaksikan sendiri kapal terbang Pusat Dagangan Dunia, kehidupan Way telah dipengaruhi lalu menubuhkan sebuah band muzik. Lagu "Skylines and Turnstiles" menyatakan perasaan Way terhadap kejadian 11 september 2001. Tidak lama selepas itu, Ray Toro dihubungi & ditanya untuk menyertai kumpulan itu kerana ketika itu Way tidak pandai menyanyi dan bermain gitar. Sesi rakaman pertama dilakukan di atas loteng Pelissier. Apabila lagu "Our Lady Of Sorrow" dan "Cubicles" dirakam. Mikey Way, adik lelaki Gerrard, menyukai demo itu hingga beliau memutuskan untuk menyertai band itu setelah berhenti dri kolej. Khabar angin mengatakan bahawa Mikey mempelajari gitar bass hanya untuk menyertai band ini.
My Chemical Romance telah menandatangani dengan Eyeball Records. Sementara dengan Eyeball Records, band ini menemu Frank Iero, vokalis utama dan gitaris untuk Pencey Prep yg berpecah pada tahun 2001-02. Frank menyertai MCR beberapa hari sahaja sebelum album sulung direkodkan. Tiga bulan selepas penubuhan band ini, mereka telah merakamkan album pertama mereka iaitu I Brought You My Bullet, You Brought Me Your Love, lalu dilancarkan pada 2002. Tempat pertama kumpulan ini membuat persembahan dan diberi perhatian ramai adalah di Big Daddy's
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.